Menteri Belia dan Sukan Memantau Tahap Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP)

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan hari ini mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican bagi memantau tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengelolaan perlawanan Liga Super 2021 membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Dato’ Ab Ghani dan Dato’ Sri Reezal Merican berkesempatan melihat sendiri pelaksanaan SOP yang ketat sepertimana ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MFL bagi kemasukan penonton ke stadium.

Perlawanan keenam Liga Super ini menjadi projek perintis kepada kemasukan semula penonton ke stadium di mana seramai 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton dibenarkan masuk ke stadium untuk manyaksikan perlawanan di negeri PKPB.

Satu lagi perlawanan projek perintis akan berlangsung esok di antara Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

LigaSuper2021 #MFL

 73 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?