Menjelang Pertemuan PJ CITY FC & JDT

Meskipun Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, Benjamin Mora harus bersikap berwaspada apabila berdepan PJ City FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.

JDT mesti mengekalkan momentum kemenangan dan tidak keciciran mata berikutan pencabar lain seperti Terengganu FC, Penang FC dan Kedah mula mengekori rapat.

Bagi admin Pusingan kedua pemain JDT harus lebih fokus pada perlawanan itu nanti memandangkan PJ City FC yang kini menghuni tangga kelapan liga bakal turun dengan permainan pantas dan turut akan melakukan serangan balas yang mampu mengejutkan JDT..

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS19

Pasukan JDT selamat tiba di Petaling Jaya

🏆 | LIGA SUPER 2021
⚽️ | PJ CITY FC vs JDT
📆 | 21 OGOS 2021 (SABTU)
⏰ | 9.00 MALAM
🏟 | STADIUM MB PETALING JAYA

Kuala Lumpur (KL) City FC mempamer prestasi terbaik untuk mengutip mata penuh apabila menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi.

KEPUTUSAN MASA PENUH LIGA PREMIER – LP19

📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – LP19

Komen Anda?