Menjelang Perlawanan JDT vs Gyeongnam FC Di Stadium Larkin, Tiket Online Pun Dah Keluar

Persiapan lebih rapi harus dibuat sebelum melayani kunjungan Gyeongnam FC pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa ini tatkala kelab dari Korea Selatan itu bermula dengan keputusan yang agak positif selepas mengikat kelab dari China, Shandong Luneng FC 2-2 pada aksi di Stadium Changwon.

“Saya berharap penyokong Harimau Selatan terus berdiri di belakang pemain JDT dengan memberi sokongan padu apabila kita menentang kelab dari Korea Selatan itu.

Anggaplah anda adalah pemain ke-12 dan buktikan kepada kepada penyokong lawan, kita adalah yang terbaik,”

Ayuh penyokong JDT dapatkan tiket online anda sekarang!
https://bolamalaysia.tickethotline.com.my

Peringatan buat semua Penyokong (Asia)

Menjelang Liga Juara juara AFC (ACL) diantara JDT dan Gyeongnam FC pada minggu hadapan diharap para penyokong (Asia) dapat mematuhi arahan Marshall terutama yang gemar duduk di tangga dan juga palang *TIDAK DIBENARKAN*. Semua penyokong diharap dapat memberi kerjasama yg sebaiknya dengan menjaga nama pasukan JDT dan Khasnya TMJ.

Video:-

SATU LAGI PENAMBAHBAIKAN DI STADIUM LARKIN DEMI KEMUDAHAN PARA PENYOKONG

Kerja-kerja pemasangan nombor di setiap tempat duduk di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin sedang giat dijalankan melibatkan 12,715 kerusi tempat duduk terbuka dan 929 tempat duduk berbumbung (tidak termasuk tempat duduk pas bermusim).

Pemasangan yang dijalankan secara berperingkat ini antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara JDT dan pasukan Gyeongnam FC pada 12 Mac 2019.

Pemasangan nombor ini juga secara tidak langsung telah menjadikan pengurusan stadium lebih sistematik dan memudahkan penyokong untuk mencari tempat duduk masing-masing untuk perlawanan akan datang. Luaskan Kuasamu Johor.

SEJARAH LAGI! RONALDO BAKAL TURUN STADIUM LARKIN, TONTON AKSI ACL 2019 DAN BINCANG POTENSI KERJASAMA DENGAN JDT

Satu lagi saat membanggakan buat penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT). Dikhabarkan lagenda bola sepak dunia, Ronaldo atau nama sebenarnya Ronaldo Luis Nazario de Lima bakal turun ke ‘home’ JDT, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin untuk menonton aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) di antara JDT dan Gyeongnam FC pada minggu hadapan.

Komen Anda?