Menjelang Latihan Pertama, TMJ Mengadakan Jamuan Makan Malam BBQ

Sedia maklum, Satu perlawanan yang cukup mencabar dan ujian yang dinantikan pada Piala Sumbangsih 2021 menentang Kedah Darul Aman FC 26 Februari ini,

InsyaAllah, memang harapan supaya peminat bersama-sama pasukan, kalau main bolasepak tanpa peminat ni macam tak bermakna, mungkin untuk peringkat awal dibenarkan bermula dengan kemasukan penonton 10% dari kapasiti stadium, lepas tu kita harap dapat tambah bilangan penonton dari masa ke semasa.

Kedah dipilih mengisi slot Piala Sumbangsih sebagai status naib juara Liga Super kerana tiada pemenang Piala FA dan Piala Malaysia selepas kedua-dua kejohanan itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik C0v!d-19.

Latihan perlu diteruskan bagi membina kecergasan persediaan untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif.

Semoga segala perancangan pasukan JDT berjalan lancar di pra-musim 2021, tinggal berbaki 7 minggu sahaja menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang Kedah Darul Aman FC 26 Februari nanti!

DYAM TMJ ADAKAN JAMUAN MAKAN MALAM BBQ UNTUK KELUARGA JDT SEBELUM BERMULA LATIHAN PERTAMA ESOK HARI

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengadakan jamuan makan malam BBQ buat para pemain, kakitangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan keluarga mereka di Stadium Sultan Ibrahim.

Ideanya adalah untuk memupuk dan memperkukuhkan konsep satu keluarga di kalangan semua yang ada di JDT menjelang kempen 2021. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor

Komen Anda?