Memperkasakan Kerjasama Kepolisan Perairan Dua Negara

MEMPERKASAKAN KERJASAMA KEPOLISAN PERAIRAN DUA NEGARA

Pontian, 21 Januari 2020 ( Selasa ) – Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ( PPM W2 ) bersama DIT POLAIRUD POLDA RIAU dan DIT POLAIRUD POLDA KEPRI mempertingkatkan kerjasama kedua-dua Kepolisan Perairan dengan mengadakan Program Rendezvous ( RV ) atau Pertemuan Dilaut di Perairan Pulau Kukup, Pontian pada hari ni. Program yang dianjurkan oleh PPM W2 pada hari ini julung kali melibatkan dua DIT POLAIRUD iaitu POLAIRUD POLDA RIAU dan POLAIRUD POLDA KEPRI.

Dalam pertemuan pada kali ini, DIT POLAIRUD POLDA RIAU diketuai sendiri oleh KOMBES Badaruddin, Direktur POLAIRUD POLDA RIAU dan DIT POLAIRUD POLDA KEPRI juga diketuai sendiri oleh KOMBES Alex Fauzi, Direktur POLAIRUD POLDA KEPRI. Sejumlah 3 aset PPM W2 terlibat dengan kekuatan 10 pegawai dan 25 anggota, manakala dua buah aset POLAIRUD dengan kekuatan 8 pegawai dan 32 anggota melaksanakan program ini yang disusuli dengan Patroli Terkoordinasi diperbatasan sempadan perairan kedua negara.

ACP Hj Abdul Rahman Bin Mohamad, Komander PPM W2 dalam kenyataan beliau berkata, PPM W2 mengambil inisiatif bagi program ini untuk memperkasakan kerjasama sedia ada serta untuk memberikan lebih fokus keselamatan perairan negara menjelangnya musim perayaan Tahun Baru Cina. Aset dan keanggotaan PPM W2 bagi operasi juga dipertingkatkan dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan. Masyarakat juga disarankan untuk berkerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada PPM W2.

Sumber : Pasukan Marin Wilayah Dua

Komen Anda?