Melaka United Mampu Kejutkan JDT

Menjelang pertembungan Liga Super Malaysia 2019 antara Melaka United menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 26 Jun 2019.

Afiq percaya MU mampu kejutkan JDT

MELAKA: Perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Rabu ini amat penting buat Melaka United (MU) 

dalam usaha pasukan terbabit menghuni tangga tiga terbaik Liga Super musim ini, kata pertahanannya Wan Amirul Afiq Abdul Rahman.

Baginya Wan Amirul, kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan sememangnya dituntut bagi memastikan kecemerlangan pasukan dapat diteruskan pada baki empat saingan akan datang.

Sekali pun melihat JDT sebagai sebuah pasukan paling mantap dan sukar digugat, namun baginya tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

“Apa yang penting kami perlu fokus pada 90 minit permainan sekali gus merencana arahan jurulatih dengan efektif. Jika semuanya berjalan lancar lawan mampu dijinakkan.

“Namun kami sedar kesukaran yang bakal dihadapi terutama untuk mengekang pergerakan penyerang mereka. Justeru, kami sudah bersedia memberi terbaik sepanjang permainan,” katanya.

Afiq yang pernah membantu MU menjulang Piala FAM 2015 dan menyertai Felda United 2017-2018 mengakui sebarang kealpaan boleh membawa padah buat pasukan.

Selain itu katanya, sokongan padu peminat turut memainkan peranan penting dalam aksi terbabit malah jika mata maksimum diraih, peluang untuk MU menghuni tangga ketiga tampak cerah.

Skuad Hang Tuah kini berada di tangga keempat liga sementara Kedah di kedudukan ketiga dengan kedua-duanya berkongsi 26 mata sementara Pahang (kedua) manakala JDT unggul di persada liga.

Sumber : Berita Harian

PERJUANGAN JDT DALAM SAINGAN LIGA SUPER MALAYSIA MASIH BELUM SELESAI

Beberapa hari lagi, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengharungi satu lagi perlawanan getir dalam baki saingan Liga Super Malaysia 2019. Perlawanan LS18 ini juga merupakan aksi terakhir JDT bagi bulan Jun.

Melaka United merupakan antara pasukan yang menjadi pencabar Harimau Selatan dan perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada hari Rabu, 26 Jun 2019 jam 9.00 malam.

Perlawanan ini dilihat satu perlawanan yang amat penting apabila bakal menentukan sejauh mana langkah dan harapan JDT dalam meraih kejuaraan kali keenam Liga Super Malaysia. Secara rasionalnya, hanya dengan kemenangan sahaja mampu membawa JDT untuk terus yakin mengira detik-detik ketibaan hari kegemilangan tersebut.

Semangat yang berkobar-kobar keseluruhan barisan pemain Harimau Selatan akan menjadi pemangkin untuk mencapai kejayaan serta kemenangan mutlak di gelanggang lawan akan menjadi pendorong untuk terus unggul di persada Liga. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

REKOD PERTEMUAN JDT DAN MELAKA UNITED DALAM LIGA SUPER SEJAK 2013

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bertemu pasukan Melaka United sebanyak 5 kali dalam pertandingan Liga Super sejak 2013.

Berdasarkan rekod dari lima pertemuan, JDT telah mencatat empat kemenangan dan satu seri. JDT berjaya menjaringkan 17 gol dan gawang JDT dibolosi hanya dua kali oleh Melaka United sepanjang sejarah pertemuan kedua-dua pasukan.

JDT bertandang ke Stadium Hang Jebat dengan semangat yang tinggi selepas berjaya mencatat kemenangan ke atas Selangor tempoh hari. Kemenangan di Melaka bakal menjamin laluan yang cerah buat JDT untuk menjadi juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber : JOHOR Southern Tigers

 24 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?