Melaka United FC Sekadar Seri Menentang PJ City FC

Melaka United gagal meneruskan rentak kemenangan selepas sekadar seri 2-2 ketika berdepan PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Emmanuel Oti dan Sony Norde menjaringkan gol Melaka United FC manakala Darren Lok dan K. Gurusamy membalas untuk PJ City FC.

Norde penyelamat Melaka United

Kelebihan bermain di tempat sendiri gagal dimanfaatkan oleh Melaka United apabila sekadar seri 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Tuan rumah seharusnya mengucapkan terima kasih kepada jaringan penyamaan penyerang import dari Haiti, Sony Norde, 14 minit sebelum tamat perlawanan jika tidak skuad Hang Tuah menutup aksi tanpa mengutip sebarang mata.

Gol-gol Melaka dijaringkan Emmanuel Oti pada minit ke-36 dan Sony Norde pada minit ke-76, manakala PJ City meledak jaringan melalui Darren Lok di minit ke-44 dan K. Gurusamy pada minit ke-64.

Seawal minit ke-13, tuan rumah mencemaskan pintu gol pelawat apabila percubaan Mohd. Sukri Baharun tersasar ke kanan pintu gol.

Ujian getir menanti Melaka apabila berdepan Johor Darul Ta’Zim (JDT) dalam saingan suku akhir Piala FA
di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Bagaimanapun, gol yang dicari berhasil dicipta menerusi rembatan cantik pemain import dari Ghana, Emmanuel Oti pada minit ke-36.

36′ GOL | Emmanuel Oti meletakkan Melaka United di depan!

Gol berpunca menerusi hantaran daripada Ifedayo Olusegun, Oti yang menyambut bola itu lantas mengelecek dua pertahanan PJ City sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Tersentak dengan gol awal itu anak didik jurulatih, P. Maniam mengandakan asakan menerusi gandingan serangan S.Kumaahran, Mohd. Khyril Muhymeen dan Darren Lok tetapi sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Jaringan pendahuluan buat Melaka United tidak mampu bertahan lama, tidak sampai tujuh minit selepas itu PJ City berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-44.

43′ GOL | Darren Lok menyamakan kedudukan untuk PJ City FC!

Gol berpunca daripada kesilapan pertahanan tuan rumah, Muhammad Syazwan Andik yang menampan bola di kawasan kotak penalti.

Bola tampanan itu bergolek di kaki penyerang PJ City, Darren Lok yang mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Tian Keat See.

Bagaimanapun, PJ City meledakkan jaringan kedua menerusi rembatan luar kotak penalti ketua pasukan K. Gurusamy pada minit ke-64.

65′ GOL | PJ City FC kini berada di depan hasil jaringan K. Gurusamy!

Skuad Hang Tuah yang tersentak dengan gol kedua pelawat cuba menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.

Penantian tuan rumah untuk mengikat kedudukan akhirnya berjaya disempurnakan dengan sepakan lencong paling menarik oleh pemain import dari Haiti, Sony Norde pada minit ke-76. – UTUSAN ONLINE

77′ GOL | Melaka United menyamakan kedudukan menerusi Sony Norde!

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS12

Keputusan seri 2-2 itu masih tidak merubah kedudukan Melaka untuk terus berada di tangga kelapan liga, sekadar mengutip 13 mata daripada 11 perlawanan.

PJ City yang mengutip 11 mata berada di tangga kesembilan.

Pelbagai aksi menarik yang dipamerkan oleh setiap pasukan. 4 pasukan malam ini meraih 1 mata & hanya Johor Darul Ta’zim yang berjaya membawa pulang 3 mata penuh.

Apa komen tentang prestasi pasukan anda malam ini?

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?