Melaka Tewas Di Laman Sendiri

Kedah Darul Aman (KDA) FC menambah luka Melaka United (MU) dengan kemenangan 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam ini.

Turun tanpa pemain import, Melaka cuba memberi saingan kepada pasukan pelawat dan sesekali melakukan serangan balas.

Namun, KDA FC mendahului menerusi rembatan Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-13.

Gol berpunca daripada sepakan percuma kapten pasukan Syazwan Zainon yang singgah ke kepada Marcos Gonzales dituju kepada Mahmoud untuk menyudahkan jaringan pertama perlawanan.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha melepaskan beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan.

Bersambung babak kedua, KDA FC terus melakukan asakan dan pemain gantian, Fayadh Zulkifli menambah gol pada minit ke 83.

Sumber : HM

Mahmoud memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan pada minit ke-89 dan kedudukan 3-0 kekal hingga wisel penamat.

📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS18

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?