MB Kedah Ziarah Perkuburan Keluarga Syafiq Ahmad

Jenazah anak, ibu mentua Muhammad Syafiq selamat dikebumikan

Pendang: Suasana sayu menyelubungi pengebumian anak lelaki dan ibu mentua kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad yang terbabit dalam kemalangan di Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Kedua-dua jenazah kemudiannya disembahyangkan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung di rumah Allahyarhamah Zainab sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Murai dekat sini, untuk dikebumikan.

Upacara pengebumian itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman, beberapa pemain Kedah dan juga rombongan daripada Johor termasuk pemain JDT.

MB KEDAH ZIARAH PERKUBURAN KELUARGA SYAFIQ AHMAD

PENDANG – Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan Presiden KFA menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukut Murai, Padang Pusing, Pendang.

Photo by Urus Setia Penerangan Darul Aman

Kehadiran Haji Sanusi bagi memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga Syafiq yang meninggal dunia dan memberi sokongan moral kepada Syafiq Ahmad yang dilanda kesedihan.

Muhammad Syafiq Ahmad bersama keluarganya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan telah mengorbankan anak lelakinya, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia.

Jenazah anak lelakinya, Almarhum Muhammad Aisy Saqeef yang baru berusia 22 hari, dikebumikan dalam satu liang lahat bersama ibu mentua Muhammad Syafiq Ahmad, Almarhumah Zainab Wahab, 45.
Syafiq dan isterinya terselamat dalam kemalangan tersebut, namun isteri Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, mengalami kecederaan parah.

Photo by Urus Setia Penerangan Darul Aman

Kemalangan terbabit berlaku awal pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Syafiq Ahmad dan mendoakan agar diberi ketabahan menempuh kehidupan setelah kehilangan insan yang tersayang.

Turut hadir, Exco Belia Dan Sukan Negeri Kedah merangkap Setiausaha Kehormat KFA, YB Firdaus Ahmad.

Allahumaghfirlahum warhamhum wa’afihi wa’fu’anhum.
Aamiin Yaa Rabbal’alamin.

 29 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?