MB Johor Meraikan Anak – Anak Muda Sukan Tinju Dalam Majlis Penyerahan Insentif

Meraikan anak – anak muda sukan tinju dalam Majlis Penyerahan Insentif dan Makan Malam Persatuan Tinju Johor malam ini di Johor Bahru. Turut hadir Pengerusi JK Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Hj Mohd Norazam bin Dato’ Haji Osman, Pengarah MSN Johor, Tuan Mohd Gadaffie bin Abd Aziz dan Presiden Persatuan Tinju Johor, Saudara Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Pandangan dan cadangan daripada orang muda Johor amat kita perlukan ketika ini. Zaman dimana kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Kita perlukan maklumat daripada golongan belia.

Dengan itu, saya menganjurkan setiap pertubuhan atau persatuan belia, untuk sentiasa menitikberatkan pembangunan data serta dapat dikongsi dengan kerajaan. Ini penting kerana dengan adanya data seperti ini, dapatlah kita merancang bagaimana untuk membantu golongan belia ini.

 39 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?