MB Johor Menyerahkan Bantuan ‘one-off’ Berjumlah RM7.02 juta

Hari ini saya menyerahkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini.

Bantuan berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri atas sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Seramai 35,136 petugas akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang saya bentang dalam Belanjawan Johor 2021 pada hujung tahun lalu.

Penerima bantuan terdiri daripada petugas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Kerajaan Negeri berharap sumbangan ini dapat menaikkan moral dan semangat petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat membantu negara dan negeri Johor amnya mengekang pandemik COVID-19.

Terima kasih para petugas barisan hadapan.

 50 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?