MB Johor & Menteri Sains Tinjau Situasi Semasa Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada Johor

Hari ini saya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempengerusikan secara bersama mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Johor.

Dalam mesyuarat berkenaan, Kerajaan Negeri telah mencadangkan penambahan bilangan PPV, termasuk oleh pihak swasta seperti di daerah Batu Pahat, Pagoh dan Kluang.

Usai mesyuarat, kami turut mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan dan situasi semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada Johor.

Bagi melancarkan proses pemberian vaksin, saya berharap orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, hadir setengah jam awal daripada masa janji temu dan ikuti arahan para petugas di PPV.

Selain itu, berilah kerjasama sepenuhnya supaya kita dapat bersama-sama mencapai sasaran Imuniti Kelompok yang diharapkan.

LindungDiriLindungSemua

Komen Anda?