MB Johor Melancarkan Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian

Pagi tadi saya melancarkan Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian bersama syarikat pengeluar baja bio kimia, All Cosmos Industries Sdn. Bhd., di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut, Pontian.

Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan hasil tani, sekali gus menambah pendapatan golongan petani dan menjamin bekalan makanan Negeri Johor yang berterusan.

Program kali ini melibatkan seramai 29 peserta yang terdiri daripada ahi PPK di bawah seliaan Peladang Daerah Pontian dan Kluang.

Pada majlis sama, saya turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif All Cosmos Industries, Dato’ Tony Peng dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Peladangan Agrochemical Trading Sdn. Bhd., Mohd. Ismail Roslan bagi penghasilan baja bio kimia.

Saya turut mengunjungi Peladang Biz Centre PPK Benut yang menjadi hab pengumpulan hasil pertanian daripada ahli-ahli peladang di sekitar Benut dalam usaha menyediakan khidmat jualan terus kepada pengguna.

 34 Total Views,  1 Views Today

Komen Anda?