Mauricio Tidak Bersama Dengan JDT Lagi

Pemain pertahanan dari Brazil, Mauricio Santos mengumumkan dirinya telah meninggalkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengumuman tersebut telah disahkan apabila diumumkan secara rasmi oleh JDT di laman Twitter. Mauricio telah mengesahkan beliau tidak lagi bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut itu.

TERIMA KASIH MAURICIO! Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Maurico Dos Santos. Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama. Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT.

Mauricio turut berkongsi status itu di laman Instagram peribadinya.

Mauricio tinggalkan JDT

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan perpisahan dengan pemain pertahanannya, Mauricio dos Santos Nascimento.

Di petik dari laman Berita Harian, Kereta kebal berusia 33 tahun dari Brazil berkenaan menyertai Harimau Selatan sejak tahun 2019 dan memenangi lapan trofi bersama skuad itu.

“Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama. 

“Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT,” kata JDT dalam kenyataan, hari ini.

Pengumuman yang dibuat JDT itu turut mencetuskan tanda tanya siapa yang akan dibawa masuk untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Maurico.

Malah, terdapat tiga nama yang dikaitkan bakal menyertai kelab itu termasuk pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools, Jordi Amat dan Daniel Ting.

Bagaimanapun belum ada apa-apa pengumuman mengenai pemain baharu yang akan menyertai kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum ini mendedahkan kelab itu akan menandatangani empat pemain baharu iaitu dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan. Sumber : Berita Harian

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?