Matthew Davies Tidak Kekok

Hari Kelima Latihan Pusat Harimau Malaya 24 Mei 2022.

Sekitar sesi latihan sebelah pagi skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari kelima kem latihan pusat yang bermula 20 Mei 2022.

Malaysia akan bertemu Brunei pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun, sebagai persiapan menjelang aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain 11 Jun dan Bangladesh 14 Jun 2022, kesemuanya di Bukit Jalil.

Matthew Davies tidak kekok berlatih di bawah Pan Gon

Pemain pertahanan kanan skuad kebangsaan, Matthew Davies tidak kekok ketika kali pertama berlatih di bawah Ketua Jurulatih Kim Pan Gon walaupun sudah terbiasa dengan pengendali terdahulu Tan Cheng Hoe.

Malah, pemain kacukan Australia-Malaysia itu berasa selesa dengan pendekatan yang dibawa Pan Gon meskipun baru beberapa hari menyertai kem latihan pusat menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan. 

“Ia sangat mengujakan (berlatih dengan Pan Gon), saya tidak tahu apakah perbezaaannya (berlatih di bawah Cheng Hoe) apa yang saya boleh kata beliau berjaya memberikan tanggapan pertama yang baik kepada anak-anak buahnya.

Beliau percaya kepada anak-anak buahnya, saya rasa beliau telah melakukannya dengan baik dalam masa singkat,  katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya perbezaan berada di bawah Cheng Hoe dan adakah beliau selesa bersama Pan Gon.

Dalam pada itu, Davies berkata pengalaman selama tujuh tahun sebagai pemain turut memberi keyakinan kepadanya membuktikan kemampuan bagi mendapatkan kepercayaan Pan Gon untuk menyarung jersi pasukan negara.

“Tiada apa hendak dibuktikan, jika kami lakukan yang terbaik maka kami akan dapat beraksi di padang, sebagai pemain kami semua mahu memberikan aksi permainan terbaik kami,” katanya.  

Sementara itu, penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid berkata harapan tinggi penyokong untuk melihat pasukan negara mencipta kejayaan akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik seawal aksi pemanas badan menentang Brunei Jumaat ini.

Katanya bermain di halaman sendiri sambil mendapat sokongan padu penyokong turut memberi kelebihan kepada pasukan negara untuk menampilkan persembahan terbaik 

“Mungkin kami ada tekanan tapi kami tetap akan usaha 100 peratus ketika bermain di tempat sendiri sebab sokongan penonton akan beri kelebihan pada pasukan,” katanya.

Selain berhadapan Brunei, Skuad Harimau Malaya dijadual menentang Hong Kong pada 1 Jun dalam perlawanan persahabatan sebelum memulakan cabaran kelayakan Piala Asia 2023, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dari 8 hingga14 Jun.

Pada saingan kelayakan itu, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan E akan berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun.

BERNAMA

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?