fbpx

Matthew Davies Sudah Menjalani Latihan Bersama Skuad Harimau Selatan

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies secara rasmi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia yang menyingkap tirai hujung bulan ini.

Bagi Davies beliau mengakui teruja menyertai pasukan itu dan sememangnya ia menjadi tugas berat buat dirinya bagi memastikan berada pada tahap terbaik tatkala skuad Harimau Selatan memiliki reputasi tinggi.

Matthew Davies buat pertama kalinya turun ke sesi latihan bersama pasukan baharunya, Kelab Bolasepak JDT petang tadi menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Komen Anda?