Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn’ Johor Diiktiraf Masjid Pelancong Pertama Di Malaysia

MASJID SULTAN ISKANDAR, BANDAR DATO’ ONN, JOHOR DIIKTIRAF MASJID PELANCONGAN PERTAMA DI MALAYSIA

Masjid Sultan Iskandar yang menerima pengiktirafan pensijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merupakan premis kedua di Johor yang diiktiraf sebagai destinasi pelancongan selepas Johor Premium Outlet.

Masjid yang dibina sejak Jun 2013 ini mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah serta merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation yang diuruskan sepenuhnya oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad.

Turut menyediakan fasiliti Galeri An-Nur yang mempamerkan bahan mengenai agama Islam serta fakta sejarah Al-Quran, Mekah, Madinah dan Baitulmaqadis selain sebuah bilik teater kepada pengunjung untuk mendalami konsep-konsep Islamiah.

Seiring dengan Tahun Melawat Johor 2020 Masjid Sultan Iskandar mensasarkan 40,000 pelancong tempatan dan antarabangsa pada tahun hadapan.

📌 No. 2, Jalan Dato’ Onn 2 Bandar Dato’ Onn 81100 Johor Bahru, Johor
📞 0129864760

Komen Anda?