fbpx

Masjid Razaleigh Akan Dibuka Sempena Ramadhan

Terbaik senibina islamik Masjid Razaleigh di Bandar Baharu, Gua Musang, Kelantan. Taajub jika kita melihatnya.

Bertepatan lokasinya yang amat sesuai dengan pemandangan ditepi bukit bergua jika dilihat dari pintu gerbang masuk dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Masjid Razaleigh buka Ramadan ini

MASJID Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah bakal dibuka pada April.

Masjid itu terletak di Bandar Lam, Gua Musang dibina dengan kos RM28 juta sekali gus mercu tanda baharu di Kelantan.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembinaannya bermula penghujung 2016, kini dalam fasa akhir sebelum dibuka sempena Ramadan.

“Hanya kerja-kerja kecil pembinaan yang perlu disiapkan termasuk memasukkan kemudahan elektrik.

“Juga yang belum dapat dilaksanakan, iaitu ‘Kaabah’ yang kita nak bina berserta skrin LED untuk ayat suci al-Quran.

“Selepas itu, ia akan dibuka diharap dapat tampung jemaah bersolat Tarawih nanti,” katanya ketika meninjau masjid itu, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, masjid itu boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah mempunyai rekaan unik, dibina dengan bahan binaan berkualiti tinggi akan turut jadi perhatian pelancong.

“Belum lagi siap pun sudah ada pengunjung luar datang melihatnya,” katanya.

Menurutnya, siapnya masjid itu membolehkannya digunakan untuk solat Jumaat.

Masjid Razaleigh dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah, dilengkap kemudahan yang lebih baik berbanding masjid sebelumnya disamping ruang yang luas.

Ruangan tengah masjid itu turut dibina supaya sesuai untuk bakal jemaah haji menjalani kursus dengan mengelilingi kaabah buatan.

Sumber : Harian Metro

21 Jamadilawal 1441H / 17 Januari 2020

Majlis perjumpaan YBM Tengku Razaleigh Hamzah,Ahli Parlimen Gua Musang bersama Jawatankuasa Masjid Razaleigh.Selepas perjumpaan,YBM Tengku meninjau Majlis Razaleigh yang baru.

Sumber : Azwan Fikri

Komen Anda?
Related Post
Persiapan Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim

Acara yang ditunggu-tunggu iaitu pembukaan rasmi Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih Sebentar tadi Pemilik Read more

Tidak Kesampaian Apabila Tewas 1-3 kepada Indonesia

Keputusan penuh akhir #BATC2020 pasukan lelaki:‬ Indonesia 🇮🇩 3-1 Malaysia 🇲🇾 Nasib tidak menyebelahi skuad Read more

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Menjadi Tumpuan Dunia

STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN BAKAL MENJADI TUMPUAN DUNIA Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal Read more

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa JDTII vs Tanjung Pagar United FC

INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH | 15 FEBRUARY 2020 JDT II [4-0] TANJONG PAGAR UNITED FC(Kei Hirose Read more