Masjid Di Seluruh Johor Diarahkan Mengadakan Solat Hajat Selepas Solat Jumaat 31 Jan 2020

Solat hajat masjid seluruh Johor pada Jumaat

MASJID di seluruh Johor diarah mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat 31 Januari ini bagi memohon pertolongan Allah SWT dalam membendung penularan wabak coronavirus.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin, berkata surat arahan akan diedarkan ke semua 913 masjid mulai esok.

“Solat hajat diadakan bagi memohon kepada Allah supaya penularan wabak coronavirus di negeri ini dan seluruh negara dapat dibendung.

“Solat hajat itu juga bagi memohon Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, keselamatan, keafiatan dan dilindungi dari wabak penyakit berbahaya termasuk coronavirus kepada seluruh rakyat Johor,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : Harian Metro

Komen Anda?