Maritim Negeri Johor Terima Kunjungan Hormat Pasukan Teknikal Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA)

MARITIM NEGERI JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PASUKAN TEKNIKAL BADAN KEAMANAN LAUT INDONESIA (BAKAMLA)

JOHOR BAHRU, 12 April – Maritim Negeri Johor pada 10 April menerima kunjungan hormat delegasi pasukan teknikal Badan Keamanan Laut Indonesia (BAKAMLA) yang diketuai Laksma Bakamla Eko Murwanto, Ketua Zon Maritim Barat Indonesia.

Delegasi BAKAMLA dibawa melawat ke jeti Bot Penggalang 15 sebaik tiba di jeti Stulang Laut sebelum membuat kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor.

Ketua delegasi Indonesia kemudian diberi penghormatan oleh kawalan suku selain turut melawat ke KM Satria.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan jalinan kerjasama disamping bertukar-tukar pandangan serta maklumat antara kedua-dua pihak dalam isu-isu semasa.

Maritim Malaysia Negeri Johor menyambut baik usahasama yang sedia terjalin antara dua negara dan berharap hubungan dua hala yang baik ini akan berterusan pada masa hadapan.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia