Mantan Ketua Hakim Syarie Tokoh Maal Hijrah Johor

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor tahun ini yang bertemakan ‘Keluarga Johor, Pemangkin Pembangunan Negeri’, telah menganugerahkan Mantan Ketua Hakim Syarie, Dato’ Amir Danuri sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H.

Bekas Ketua Hakim Syarie Tokoh Maal Hijrah Johor

Bekas Ketua Hakim Syarie Johor Datuk Amir Danuri, 72, diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1444 Hijrah Peringkat Negeri Johor, hari ini.

Dipetik dari laman Harian Metro, Beliau yang kini berkhidmat sebagai Panel Mahkamah Rayuan Syariah Johor menerima wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan, sebuah plak dan hadiah iringan berjumlah RM2,000.

Pada majlis yang disempurnakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi itu, Amir turut disarungkan jubah Tokoh Maal Hijrah dan songkok oleh Onn Hafiz.

Beliau yang bersyukur atas penganugerahan itu menekankan kepentingan institusi kekeluargaan serta keberkatan ibu bapa sebagai kunci kejayaan seseorang.

Katanya, beliau tidak pernah lupa untuk meminta doa daripada ibunya, Dakyah Laman, dalam setiap pekerjaan yang dilakukan sekali gus membantu memudahkan urusannya.

“Apa juga mesyuarat yang berkaitan dengan undang-undang dan jabatan misalnya saya tetap beritahu emak saya.

“Saya minta doakan. Apa-apa sahaja kerja kita mesti minta izin dengan emak dan minta emak doakan. Kalau ada bapa minta kepada bapa, bapa saya dan mak sudah meninggal masing-masing pada 1973 dan 2007. Jadi, itulah rahsia saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Bapa kepada lapan orang anak dan mendapat pendidikan di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir itu berkata, dia tidak pernah menyangka akan menerima anugerah seumpama itu dan menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri selain Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau yang berasal dari Tangkak itu terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan sejak 1987 termasuk dalam Persatuan Pegawai Syariah, selain pernah berkhidmat sebagai Kadi Daerah dan Hakim Mahkamah Syariah.

Dalam majlis sama, Ramli Bandahara dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah bagi kategori pendidikan, Rahmas Abdullah bagi kategori penghayatan Al-Quran dan Datuk Mohd Roshidi Mohd Nor bagi kategori khidmat masyarakat..

Pemilihan tokoh dibuat atas sumbangan besar mereka dalam pembangunan ummah dan perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan serta diterima masyarakat. Sumber : Harian Metro

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?