Mangsa Banjir Kilat Melaka Bertambah, Semoga Dipermudahkan Urusan.

Tiga remaja terpaksa menggunakan meja untuk membawa keluar sebuah motosikal yang ditenggelami air akibat banjir kilat di Melaka Pindah, Alor Gajah

Photo : Bernama

Mangsa banjir kilat meningkat cecah 1, 000 penduduk

MELAKA – Jumlah mangsa banjir kilat di negeri ini terus meningkat kepada 1, 096 penduduk melibatkan 247 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah sehingga pukul 5 petang tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, angka itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding hanya 342 mangsa daripada 103 keluarga pada tengah hari tadi.

Beliau berkata, 10 pusat pemindahan di Alor Gajah yang dibuka termasuklah di Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing Dalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan, Masjid Ar-Rasyidin dan lapan balairaya di Bukit Tambun, Panchor, Taman Seri Bayu 1, Kampung Pegoh, Kampung Beringin, Sungai Tuang, Gadek dan Bukit Alai.

Sementara itu, sebuah PPS di Melaka Tengah dibuka di SK Krubong dan menempatkan seramai 75 mangsa membabitkan 18 buah keluarga.

“Pejabat Meteorologi Melaka memaklumkan cuaca di seluruh negeri pada petang ini diramal ribut petir di beberapa kawasan pedalaman dan hujan di satu dua kawasan pada waktu malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Semoga dipermudahkan urusan.

Komen Anda?