Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) | Jumaat, 29 November 2019

FILIPINA 1-0 MALAYSIA

⚽️ Amani Manuel Aguinaldo 73’

#FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019

Perlawanan kedua skuad B-22 kebangsaan dimana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada pasukan tuan rumah, Filipina dalam acara bola sepak lelaki Kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina semalam.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Amani Manuel Aguinaldo hasil daripada sepakan sudut pada minit ke-73.

Kedudukan Kumpulan A Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) Selepas Hari Perlawanan #3, 29 November 2019

* Seterusnya Hari Perlawanan #4 pada Isnin, 2 Disember 2019, Malaysia lwn Timor-Leste & Myanmar lwn Kemboja

Gambar : FAM

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewas tipis kepada Filipina

SKUAD bola sepak bawah 22 tahun negara (B-22) tewas 1-0 kepada tuan rumah Sukan Sea Filipina dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Manila sebentar tadi. 

Walaupun permainan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, namun momentum tersebut gagal dikekalkan sehingga babak kedua permainan.

Pemain Filipina, Amani Manuel Aguinaldo berjaya jaringkan gol kemenangan buat tuan rumah pada minit ke-72.

Selepas kekalahan ini, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee kini perlu memenangi dua aksi terakhir kumpulan menentang Timor Leste dan Kemboja.

Kemenangan membolehkan Filipina menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir selepas sekadar seri 1-1 dengan Kemboja dan tewas 1-2 di tangan Myanmar sebelum ini.

Sumber : Astro Awani

Facebook Comments