Malaysia Menempah Slot Ke Separuh Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Hanoi

Malaysia telah layak ke separuh akhir biarpun masih berbaki satu perlawanan

`Harimau Muda’ sah layak separuh akhir Sukan SEA

Slot separuh akhir acara bola Sukan SEA Hanoi sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Perkembangan itu menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara memperbaiki pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksikanMalaysia terkandas di peringkat kumpulan. 

Keputusan seri 2-2 ketika bangkit mengikat Singapura dalam aksi ketiga Kumpulan B di temasya Sukan SEA Hanoi sebenar tadi.

Kini, skuad ‘Harimau Muda’ perlu fokus untuk menjinakkan Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini untuk mara selaku juara kumpulan bagi mengelak pertembungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Juara Kumpulan A hampir pasti menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam yang dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Timor Leste, esok.

Skuad negara bimbingan Brad Maloney yang seri 2-2 dengan Singapura pada aksi petang tadi kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand di tangga kedua dengan enam mata. Sumber : Berita Harian

Carta Kedudukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?