Malaysia Menamatkan Penantian Selama 43 Tahun Layak Ke Piala Asia 2023

Penantian untuk melihat Malaysia beraksi di pentas kejohanan berprestij bola sepak Asia akhirnya tercapai selepas pasukan negara Berjaya melayakkan diri secara merit selepas menumpaskan pasukan Bangladesh dengan 4 gol berbalas 1. Tahniah #HARIMAUMALAYA!! Anda semua Wira kami!

Penantian penuh menyeksakan itu ternokhtah selepas Malaysia meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik, sekali gus bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan atau Australia, pada pertengahan tahun depan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara beraksi di pentas tertinggi itu adalah pada 1980 di Kuwait selepas melepasi peringkat kelayakan secara merit, meskipun 2007 pernah berentap atas tiket tuan rumah kejohanan bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dalam aksi itu, pengendali, Kim Pan-gon membuat kejutan apabila merehatkan penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias dengan menurunkan Ahmad Syihan Hazmi disamping Syafiq Ahmad bermula dengan lilitan kapten sebagai penyerang untuk meletakkan Darren Lok di bangku simpanan.

Dalam aksi sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan Gon yang dikecewakan Bahrain 2-1, Sabtu lalu hampir mendahului Bangladesh hanya selepas enam minit permainan, namun percubaan Syafiq Ahmad sekadar menggegar tiang.

Namun, 10 minit kemudian, Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan penyokong skuad Harimau Malaya apabila Safawi Rasid meledak gol pembukaan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Bangladesh bagaimanapun membuat kejutan apabila berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohammad Ibrahim pada minit ke-31.

Tujuh minit selepas itu, kedudukan berubah lagi apabila Dion Cools meledak gol kedua skuad Harimau Malaya selepas rembatan derasnya gagal diselamatkan penjaga gol, Anisur Rahman.

Keputusan separuh masa pertama meletakkan Malaysia di hadapan Bangladesh.

GOLLL!!!!!! Tandukan dari Syafiq Ahmad berjaya membawa Malaysia mendahului dengan 2 gol!!! Pada minit ke-47.

Rembatan Arif Aiman terkena pertahanan Bangladesh! Dan pasukan lawan cuba untuk mengeluarkan bola minit ke-61.

Kim Pan Gon membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan pemain Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Faisal Halim dan memasukkan Darren Lok, Nazmi Faiz dan Akhyar Rasid.

GOLLLLL!!! Darren Lok berjaya menambah satu lagi gol buat pasukan Malaysia menerusi hantaran lintang dari Akhyar Rashid 72’

Satu peluang keemasan oleh Syamer, sayang rembatannya terlalu tinggi! Minit ke-78.

79′ Percubaan tandukan Akhyar Rashid hanya mampu menemui palang! Terlepas peluang untuk gol ke-5 buat pasukan Malaysia.

Kim Pan Gon membuat pertukaran kedua pemain dengan mengeluarkan Syamer Kutty Abba dan memasukkan

Min ke-83: Kad kuning dilayangkan kepada pemain Malaysia Shahrul Saad selepas beliau mengasari pemain no.10 Bangladesh, Mahbubur Rahman

Kim Pan Gon membuat pertukaran ketiga pemain dengan mengeluarkan Shahrul Saad dan memasukkan Dominic Tan.

Jentera serangan negara berusaha untuk menambah gol pada baki perlawanan tetapi kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menceriakan hampir 60,000 penyokong yang hadir.

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?