Malaysia Akan Berentap Dengan Vietnam Dalam Aksi Separuh Akhir

Skuad ‘Harimau Muda’ sah akan berdepan pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam dalam saingan separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2021 di sini, Khamis ini.

Ia susulan kejayaan Thailand muncul juara Kumpulan B apabila menewaskan Laos 1-0 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand yang mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan akan berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.

Carta Kedudukan Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 Vietnam

  • Selepas Hari Perlawanan 5 pada Isnin, 16 Mei 2022

MALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇰🇭 KEMBOJA
LAOS 🇱🇦 0-1 🇹🇭 THAILAND

Malaysia sah jumpa Vietnam di separuh akhir

Skuad Bawah 23 tahun (B-23) sah akan bertemu Vietnam pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea Hanoi, Vietnam selepas Thailand mencatatkan kemenangan 1-0 bertemu Laos, sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, menyaksikan jaringan gol sendiri oleh pemain Laos, At Viengkham menyelamatkan Thailand daripada bertemu juara bertahan iaitu Vietnam di pusingan separuh akhir Khamis ini.

Kalau nak juara, kita langgar je semua”, pertahanan skuad B23 negara, Azam Azmi Murad.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand yang mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan akan berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.

Petang tadi, skuad kendalian Brad Maloney terpaksa berkongsi mata dengan Kemboja selepas terikat 2-2 sekali gus berdepan tuan rumah kelak.

Meskipun sukar, namun tidak mustahil untuk anak buah Maloney mencipta kejutan ke atas Vietnam sekali gus menempah tiket final yang akan berlangsung Ahad ini. Sumber : Harian Metro

Perlawanan Seterusnya! SEPARUH AKHIR

Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Khamis, 19 Mei 2022

⚽ VIETNAM 🇻🇳 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8.00 malam (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Viet Tri, Vietnam

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?