Malaysia Airlines Meraikan Penerbangan Terus Yang Pertamanya

Malaysia Airlines meraikan penerbangan terus yang pertamanya, MH36 (JL7096) antara Kuala Lumpur (KUL)Tokyo Haneda (HND) dengan acara pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Malaysia Airlines raikan penerbangan pertama ke Haneda

Malaysia Airlines meraikan penerbangan terus yang pertamanya, MH36 (JL7096) antara Kuala Lumpur (KUL)Tokyo Haneda (HND) dengan acara pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Penerbangan itu berlepas pada 2.45 petang waktu tempatan, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

Pada acara tersebut, penumpang dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan diberikan beg cenderahati daripada Malaysia Airlines dan Malaysia Airport Holdings Bhd.

Antara penumpang penerbangan sulung itu adalah barisan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dalam perjalanan mencipta sejarah menjadi pasukan pertama dari Malaysia layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (AC), yang akan diadakan di Jepun.

Perkhidmatan dua kali seminggu itu akan dikendalikan oleh pesawat A330-300, dilengkapi dengan 290 tempat duduk, merangkumi 27 tempat duduk Kelas Perniagaan, 16 tempat duduk Ekonomi dengan ruang kaki tambahan dan 247 Kelas Ekonomi.

Perkhidmatan baharu ini akan menyokong operasi sedia ada Kuala Lumpur-Tokyo Narita bagi Malaysia Airlines, menjadikan sambungan dan jadual perjalanan ke destinasi Kuala Lumpur-Tokyo lebih selesa menggunakan hab-hab antarabangsa di Jepun. Sumber : Bernama

The boys have touched down in Japan 🛬 🇯🇵

#LuaskanKuasamuJohor

PERHATIAN:- Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun Facebook tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Satu Johor

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini.

Komen Anda?