Malam Ini!! Perlawanan Akhir 1 Antara JDTII Vs UKM FC Piala Cabaran 2019

? Pertarungan hebat bakal terjadi esok yang menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim II bakal menentang UKM FC dalam Final 1 Challenge Cup 2019!

Adakah anda geng ?? atau ⚪?? ?

CHALLENGE CUP 2019 | JDT II VS UKM FC

Perlawanan Akhir Pusingan Pertama Challenge Cup 2019 antara Johor Darul Ta’zim II menentang UKM FC akan berlangsung Jumaat ini, 4 Oktober 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 9.00 malam. Segera dapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan ini yang akan mula dijual di kaunter mulai jam 9.00 pagi.

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Misi tebus kecewa

KUALA LUMPUR: Pertembungan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan UKM FC pada aksi final pertama Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bharu, malam ini dianggap seperti buku bertemu ruas.

Pengurus operasi JDT II, Sukri Mosman berkata, beliau berharap momentum yang sedang dicipta pasukan utama, JDT mampu dijejaki JDT II yang masih menagih trofi sulung pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) sejak pasukan itu ditubuhkan.

Masih terasa kekecewaan gagal meraih kejuaraan trofi Liga Perdana musim ini selepas dipintas Sabah, JDT II mahu menjadikan Piala Cabaran sebagai medan menebus kekecewaan.

“JDT sudah menjuarai Liga Super dan turut mara ke separuh akhir Piala Malaysia, jadi saya harap JDT II juga mampu jadikan ini sebagai satu pemangkin semangat. Kami kecundang tahun lalu pada saingan separuh akhir dan ini saatnya kami cuba penuhi sasaran dan matlamat pertama kami untuk mara ke final berjaya dicapai.

“Selepas tidak dapat meraih kejuaraan Liga Perdana, saya harap Piala Cabaran ini mampu menjadi penamat terbaik kepada pasukan dan semuanya terpulang kepada pemain. Namun, pentas akhir adalah 50-50 dan seimbang kepada kedua-dua pasukan cuma situasi pada hari perlawanan yang akan menentukannya,” katanya.

JDT II mara ke perlawanan akhir dengan rekod bersih selepas muncul juara Kumpulan A dan menyingkirkan juara bertahan, Terengganu FC II pada separuh akhir melalui agregat 4-2.

Sementara itu, UKM FC yang akan menjadi tuan rumah pada aksi timbal balik kedua di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 12 Oktober ini dapat ditamatkan dengan muncul juara.

Pengurus UKM FC, Mohd Fairus Shafie nyata gembira apabila pasukannya layak ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut dan berharap 2019 akan jadi detik terbaik mereka merangkul gelaran.

“Saya tidak mahu beri bebanan kepada pemain dan apa yang saya harapkan pemain berikan 100 peratus serta apa yang mereka ada, moga ada hasilnya nanti selepas 180 minit. Mungkin JDT II pasukan pilihan dan saya lebih suka keadaan itu.

“Cuma satu perkara saja yang kami boleh janjikan, tiada laluan mudah buat lawan dan kami akan bermati-matian untuk memenangi Piala Cabaran,” katanya.

Sumber : Harian Metro

“ASSIST” TERBANYAK CHALLENGE CUP 2019

Nicolas Fernandez, pemain Johor Darul Ta’zim II mendahului carta assist terbanyak setakat ini menyaingi yang lain!

Adakah beliau akan terus mempamerkan aksi cemerlang? ?

Jangan lupa saksikan perlawanan Final 1 Johor Darul Ta’zim II lwn UKM FC malam ini di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 9 malam dan siaran secara langsung di mycujoo.

https://mycujoo.tv/video/malaysian-football-league?id=78429

#ChallengeCup2019

Facebook Comments