Malam 1 Rejab, Salah Satu Malam Mustajab Doa

Malam ni 7 Mar 2019 akan masuk 1hb Rejab. Cara kebetulan arini Khamis, malamnya adalah malam Jumaat.

Hidupkanlah malam ini dan jangan mempersia-siakannya.

Sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rejab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah

رب اغفر لي وارحمني وتب علي

_Robbigh firli warhamni watub ‘alayya_ 70x selepas solat isyak.

Disunnahkan juga untuk membaca doa

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

_Allahumma baariklanaa fii rajabi wa sya’baani wa ballighnaa romadhoon_

Para ulama’ muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata’ala akan berikan anugerah besar pada tiga malam, iaitu

1. Awal malam Rejab;

2. Malam Nisfu Sya’ban;

3. Malam ‘Idil fitri;

4. Malam ‘Idil Adha; dan

5. Malam Jumaat.

Semoga ALLAH berikan kepada kita taufiq dan hidayah untuk beribadah pada malam-malam tersebut, dan diterima segala amal ibadah kita….

Aamiin ya Robb… اللهم آمين. اللهم صل على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد وعلى وآله وصحبه وسلم. والحمدالله رب العالمين.

Sila share, kongsi sama pada kenalan semua..

Facebook Comments