fbpx

Maklumat Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019

MAKLUMAT ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2019

15 November 2019 bakal menyaksikan siapakah pemain-pemain dalam kancah Liga Malaysia yang bakal merangkul anugerah-anugerah ditawarkan pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (#ABK19) antaranya Pemain Paling Bernilai, Pemain Muda Harapan, Jurulatih Terbaik, Anugerah Komuniti dan berbagai lagi. Sebuah acara untuk menghargai usaha baik setiap individu dalam Liga Malaysia.

Acara bakal berlangsung bermula jam 8.30 malam, dengan siaran langsung di Facebook Live Malaysian Football League dan di saluran Football Malaysia on iflix!

Berikut merupakan kategori-kategori ABK19:

1 Pemain Paling Bernilai

2 Pemain Muda Harapan

3 Jurulatih Terbaik

4 Penyerang Terbaik

5 Pemain Tengah Terbaik

6 Pertahanan Terbaik

7 Penjaga Gol Terbaik

8 Pemain Import Terbaik

9 Pemain ASEAN Terbaik

10 Pemain Paling Popular

11 Fan XI

12 Pasukan Terbaik

13 Penyokong Terbaik

14 Anugerah Fair Play

15 Kasut Emas

16 Penjaring Terbanyak (Liga Super)

17 Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Super)

18 Penjaring Terbanyak (Liga Premier)

19 Penjaring Tempatan Terbanyak (Liga Premier)

20 Anugerah Mesra Media

21 Laman Web Terbaik

22 Media Sosial Terbaik

23 Anugerah Persahabatan

24 Anugerah Komuniti

25 Anugerah Pengadil Berpotensi (Kategori baru)

26 Pemain Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

27 Pasukan Terbaik AFL Liga M3 (Kategori baru)

BAGAIMANA PEMILIHAN CALON-CALON ABK DILAKUKAN?

1 Para pemain disenarai pendek terlebih dahulu berdasarkan penampilan untuk pasukan masing-masing, sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori.

2 Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang terdiri daripada tujuh ahli panel, iaitu:-

• Encik Aminuddin Hussin, mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

• Encik Azzairi Rosle, mewakili Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM)

• Encik Badrulsham Ahmad, mewakili Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM)

• Encik Izhar Atan, mewakili Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM)

• Encik Masdianto Mik’an (Vocket FC), mewakili media elektronik

• Encik Dez Corkhill, mewakili MFL Productions

• Ultrajang, mewakili penyokong

3 Hasil undian akan dikira untuk membentuk “Top Ten” ataupun 10 pemain setiap kategori yang akan dibawa ke peringkat seterusnya.

4 Undian untuk penentuan mata terkumpul diadakan oleh 23 ketua jurulatih dan 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier, serta 23 wakil media.

Seramai 50 penyokong bertuah yang mengambil bahagian dalam undian “Fan XI” telahpun menerima jemputan ke majlis ABK19. Kepada penyokong yang dipilih, sila mengesahkan kehadiran anda sebelum hari Jumaat, 8 November 2019.

Sumber : FAM

Komen Anda?
Related Post
Malaysia Tewas Tipis Kepada Filipina – Sukan Sea 2019

Sukan SEA 2019 (Bola Sepak Lelaki) | Jumaat, 29 November 2019 FILIPINA 1-0 MALAYSIA ⚽️ Read more

Datuk Ong Kim Swee Yakin Bahawa Peluang Malaysia Masih Terbuka

MANILA, 27 Nov -- Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee yakin Read more

Jersi Harimau Malaya, JDT Buat Mufti Wilayah

KEJUTAN DARIPADA ISTANA NEGARA Menerima kunjungan mengejut wakil Istana Negara menyerahkan beg yang penuh dengan Read more

Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid Membuat Kejutan

?Wira Harimau Malaya, Safawi Rasid membuat kejutan? Beliau beserta keluarga membuat kunjungan bagi menyerahkan sumbangan Read more