Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 64 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020 / 1441H

Majlis Tilawah Al Quran Kali Ke 64 Peringkat Negeri Johor Tahun 2020M/1441H.Bertempat Di Perkarangan Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulai.

Keputusan Tilawah Al-quran peringkat Negeri Johor kali ke 64. 2020/1441H.

20-22 Januari 2020.

Kategori Qari

Johan – Muhd Asyraf Hairam bin Tuan Rosli

N.Johan – Muhd Zakiudin Bin Hanafi

Tempat ke 3 – Muhd Muslim Ali

Kategori Qariah

Johan – Nurul Nadiah Binti Hasyim

N.Johan – Masrifa Bt Hilman

Tempat ke 3 – Nurfarhan Fifi Bt Hanifah

Johan Keseluruhan – Daerah Kulai.

TAHNIAH kpd semua QARI DAN QARIAH.

Alhamdulillah..

TUNKU TEMENGGONG JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Pejabat Daerah Kulai sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (22 Januari).

Keberangkatan Tunku Idris diiringi YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Pada majlis sama, Tunku Idris turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta Qari dan Qariah peringkat negeri.

Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala Nurul Nadiah Hashim sebagai Johan Qariah.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Komen Anda?