Majlis Perbandaran Pengerang & Bomba Meneruskan Kerja-Kerja Sanitasi Di Kawasan Awam Serta Pejabat Kerajaan

7 APRIL 2020 |KERJA-KERJA SANITASI DI KAWASAN AWAM DAN PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

Majlis Perbandaran Pengerang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) meneruskan kerja-kerja pembersihan nyahcemar atau disinfeksi di kawasan premis awam di :

1)Gerai dataran tasik Bandar Penawar
2)Bangunan KEJORA

Operasi disinfeksi ini akan terus dibuat di semua premis dan kawasan di bawah pentadbiran MPP bagi mengekang penularan dan memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19 di kawasan Pengerang.

Masyarakat setempat dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kekal #DudukDiRumah serta akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan Malaysia.

“We Stay At Work For You, You Stay At Home For Us”.

Komen Anda?