Majlis Penyerahan Reflective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab Dan Baju Korporat Amanita

JohorBahru, 28 Disember 2020 – Majlis Penyerahan Reflective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab Dan Baju Korporat Amanita Kontinjen Johor telah disempurnakan oleh YDH CP DATO’ ZAINAL ABIDIN BIN KASIM, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan di iringi oleh YDH DCP DATO’ KHAW KOK CHIN, Timbalan Ketua Polis Johor bersama YDH SAC ALZAFNY BIN AHMAD, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Johor, yang telah diadakan di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Di dalam majlis tersebut, beliau telah menyerahkan sebanyak 100 unit Reflective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab bagi kontinjen johor, dan keutamaan agihan adalah kepada petugas MPV di seluruh kontinjen. Dengan pembekalan Reflective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab ini, akan dapat memberikan keyakinan kepada petugas MPV dan meningkatkan semangat untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih sempurna

Sebanyak 400 helai baju AMANITA turut disampaikan kepada kontinjen johor. AMANITA atau dikenali sebagai Engage Housewives In Neigbourhood Safety Through A Specially Designated Woman Police Officer, adalah satu program untuk menjadikan golongan suri rumah sebagai rakan polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan kejiranan mereka. inisiatif AMNAITA ini bertujuan untuk memperkasakan wanita khususnya golongan suri rumah dalam menjaga keselamatan dan meningkatkan kualiti hidup.

Turut hadir Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah dan wakil, Pegawai dan anggota-anggota PDRM Kontinjen Johor serta Pengamal Media.

 37 Total Views,  2 Views Today

Komen Anda?