fbpx

Majlis Pengenalan Pemain Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Majlis Pengenalan Pemain Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Bilik Sidang Media, Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Iskandar Puteri Isnin, 17 Februari 2020, yang akan bermula jam 12.00 tengahari

Selepas beberapa spekulasi mengenai masa depannya dengan Pahang, pemain bek kanan kebangsaan, Matthew Davies akhirnya mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasukan pantai timur itu untuk menyertai pasukan JOHOR Darul Ta’zim


JDT ikat Davies tiga tahun

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies secara rasmi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia yang menyingkap tirai hujung bulan ini.

Difahamkan bekas kapten Pahang itu mengikat kontrak selama tiga tahun dan nilai perpindahan pemain itu dianggarkan RM1 juta hingga RM2 juta dan bakal membuat penampilan pertama bersama juara Liga Super enam musim berturut-turut menentang Kedah pada aksi Piala Sumbangsih, 28 Februari ini.

Bagi Davies beliau mengakui teruja menyertai pasukan itu dan sememangnya ia menjadi tugas berat buat dirinya bagi memastikan berada pada tahap terbaik tatkala skuad Harimau Selatan memiliki reputasi tinggi.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah meneruskan usaha untuk meningkatkan lagi kualiti JDT dan kita tahu pasukan ini dibarisi pemain hebat dan berkualiti, jadi saya harus bersedia untuk berada pada tahap sama dengan mereka.

“Saya datang ke JDT untuk membantu pasukan memenangi kejuaraan dan kita tahu mereka sudah kecapi kejuaraan liga enam musim berturut-turut dan saya harus ada sikap positif untuk meneruskan kejayaan JDT. Mereka sudah tempa sejarah dan saya ingin mengecapi kejayaan itu.”

Ditanya mengenai corak permainan JDT sama ada mampu menguasai corak falsafah permainan, bekas pemain Perth Glory itu optimis dapat mengadaptasinya walaupun hanya berbaki tempoh dua minggu sebelum saingan liga elit domestik menyingkap tirai.

Katanya, penyesuaian itu tidak menimbulkan masalah tatkala dia sudah serasi beraksi bersama Corbin Ong, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Adam Nor Azlin ketika bersama skuad Harimau Malaya dan pastinya memberi kelebihan untuk menyerap dengan pantas corak taktikal permainan kendalian jurulatih Benjamin Mora.

Sementara itu, Mora mengakui kehadiran Davies akan memperkukuhkan lagi pertahanan tatkala pemain itu memiliki kualiti yang baik untuk mengemudi posisi bek kanan malah memberi kelebihan kepadanya untuk memilih pemain terbaik dalam kesebelasan utana.

“Matt pemain terbaik ketika bersama Pahang dan sekarang dia bersama JDT malah ia satu penghormatan kerana dia sudi menyertai JDT,” kata Mora.

Sumber : Harian Metro

Photo By JOHOR Southern Tigers
Komen Anda?