fbpx

Majlis Akad Nikah Tiba-Tiba Blackout, Pasangan Tetap Teruskan Majlis Walaupun Dalam Gelap

Semalam sebelum akad nikah tiba² blackout,makanya abang xnak kill feeling blackout masa akad nikah tu supaya seksok akan jadi kenangan untuk pengantin,jadi abang push iso gila²,mintak maaf banyak² kalau noise teruk sebab abang pakai crop body je.

Walaupun Blackout Gambar Tetap Cantik

MAJLIS akad nikah adalah satu momen yang paling bermakna buat pasangan pengantin kerana ketika itulah mereka akan disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Oleh sebab itu, jurufoto berpengalaman dipertanggungjawabkan bagi merakam dan mengambil gambar terbaik agar ia menjadi satu kenangan yang paling indah untuk tatapan bakal raja sehari.

Baru-baru ini, seorang jurugambar perkahwinan, Raja Amer berkongsi saat ketika beliau terpaksa bertugas mengambil gambar satu majlis akad nikah dalam keadaan gelap gelita berikutan masjid yang menjadi lokasi majlis tersebut terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba.

Raja Amer yang sudah berkecimpung dalam dunia fotografi sejak sekian lama sudah pasti bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku dan mahu sedaya upaya menunaikan hasrat pengantin.

Gambar penikahan ‘blackout’ yang dikongsikannya di Facebook telah mendapat pujian ramai yang kagum dengan teknik yang digunakannya sehingga mampu menghasilkan gambar cantik walaupun dalam keadaan gelap.

Komen Anda?