fbpx

Mahu Jadi Apa?

Pertama kali pasukan gagal mencari 3 mata dalam perlawanan liga untuk tahun ini. Pertama kali pasukan beraksi tanpa penyokong di Stadium Sultan Ibrahim. Pertama kali kita boleh dengar perbualan pemain yang beraksi di atas padang. Pertama kali kita lihat betapa hilang arah nya pemain tanpa penyokong. Tetapi, bukan pertama kali Johor menjadi perhatian netizen.

Di Johor, ia menjadi perkara pelik apabila perlawanan dilangsungkan tanpa penyokong. Kerana setiap jiwa penyokong bergolak bila tibanya hari perlawanan. Perasaan tidak sabar untuk berada di dalam stadium itu pasti ada. Setiap perlawanan stadium di Johor tidak pernah sunyi. Penyokong Johor telah lama dididik untuk hadir ke stadium memberikan sokongan. Tetapi, perasaan dan jiwa itu disekat secara tiba-tiba malam semalam.

Kita semua telah dimaklumkan untuk kurangkan berhimpun di tempat awam. Kita semua telah diwar-warkan betapa bahaya nya penyakit berjangkit. Kita juga telah diberi pesanan untuk mengambil langkah keselamatan jika berada di tempat umum. Kita juga sedar bahawa mencegah adalah lebih baik dari merawat. Tetapi, sedarkah anda bahawa masyarakat kita lebih suka menghentam daripada mendidik?

Kecewa bila pasukan hanya peroleh keputusan seri. Sedih bila tak dapat hadir ke stadium. Risau bila wabak penyakit semakin menular. Berang bila negeri sendiri dikecam. Gusar bila seluruh perlawanan bolasepak ditangguhkan. Tetapi, positifkah perasaan anda kepada masyarakat?

Wahai pemerhati bolasepak seluruh Malaysia, tidak perlu mengecam, tidak perlu menghentam, tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak. Perkara positif nya adalah, ambil tahu perkara di belakang tabir sebelum membuat kesimpulan. Mohon untuk tidak jadikan Johor sebagai titik peralihan perhatian.

Benar kata-kata budak belakang tiang gol, “Apa kata dunia, Malaysia tanpa JDT”

Ikhlas,
Wakil Penyokong Johor

Sumber : Farhan Khair

Komen Anda?