Mahu Bawa Ainul Mardhiah Ke Tanah Suci, Ini Perjelasan Bapa Ainul

Makin lama makin Cute Adik ainul nie, Semoga Kedua ibubapanya tabah dalam menempuh hari yang mendatang dan dipermudahkan.. Doa buat adik ainul sentiasa sihat & membesar dgn baik..

Mahu Bawa Ainul Mardhiah Ke Tanah Suci

Semakin pulih daripada kesan pembedahan dan sedang menunggu ‘lampu hijau’ doktor sebelum dibawa bersama keluarga ke tanah suci Mekah.

Itu perkembangan terbaru bayi berusia 13 bulan yang menjadi tumpuan dunia Ainul Mardhiah selepas selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut di sebuah hospital di London empat bulan lalu.

Hanya hasrat dan impian kami. InshaAllah, jika Allah swt izin dan Ainul sihat dan doktor sahkan ainul 100% sihat dan selamat, maka kami akan pergi ke sana.

Tapi bukan lah dalam masa terdekat ataupun tahun ini. Keutamaan sekarang adalah Ainul Mardhiah. Walaupun ainul sudah balik, tapi ainul perlu sering ke hospital untuk rawatan susulan ( Follow up )

Masih banyak lagi perkara yang ainul perlu tempuhi. Ya, jauh lagi jalan ainul ini tuan/puan.

Bukan selesai pembedahan, terus habis segala rawatan. Tapi ada lagi beberapa perkara yang ainul perlu jalani selepas ini.

Alhamdulillah, ainul kekal sihat sehingga hari ini. Hasil doa dan kata semangat dari tuan/puan semua.

Maaf lama tidak update di dinding Facebook ni. Jika ada antara tuan/puan yang pernah tinggal di hospital dalam jangka masa yang panjang, mungkin tuan/puan tahu betapa blurnya diri ini ? Bila duduk hospital, tak boleh nak fikir apa-apa.

Saya dan isteri doakan tuan/puan semua dirahmati olehNya, dipermudahkan urusan, dilipatgandakan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin!