Macam Duduk Atas Sofa Kata Ainul, Empuk!

Macam duduk atas sofa kata ainul. Empuk! ?

Alhamdulillah. Ainul sekarang kekal sihat dan bertambah akal. Tulang dah mula kuat. Bila meniarapkan dia pun, kepala dia dah boleh angkat.

Baju dia yang dulu tak muat, sekarang dah muat ?. Badan dia mungkin tak gempal macam bayi lain, tapi yang pasti kaki dia nampak semakin panjang.

Dulu masa ainul dalam perut, doktor yang scan tu memang perasan yang ainul ni kaki dia panjang, buktinya waktu scan, saiz kaki dan kepala ainul ketika itu lebih seminggu dari badan(perut).

Terima kasih yang mendoakan ainul. ?