Lukas Podolski Tiba Di Johor Lawat Stadium Sultan Ibrahim Serta Ibu Pejabat JDT

LUKAS PODOLSKI Sudah tiba di Negeri Johor Darul Ta’zim .

Bintang Legenda Bolasepak Pasukan Juara Piala Dunia 2014 , Jerman kini berada di Johor bertemu dengan DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja Johor.

Perkara itu dikongsikan oleh laman sosial, JOHOR Southern Tigers pada hari ini. Kehadiran penyerang berusia 34 tahun itu dilayani sendiri oleh pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail.

Selain daripada dibawa melihat stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim, Lukas Podolski turut meninjau pusat latihan terbuka dan tertutup JDT di Padang Seri Gelam.

Photo By : JOHOR Southern Tigers

Sama sama kita tunggu berita baik dari hasil perjumpaan ini .

Komen Anda?