Luciano Figueroa Ucap Selamat Tinggal ‘Keluarga JDT’

Kuala Lumpur: Legenda Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Harimau Selatan apabila beliau akan pulang ke Argentina sekali gus tidak akan bersama pasukan pada musim depan.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers (JST) hari ini sambil Figueroa mengakui sedih untuk meninggalkan ‘keluarga’ JDT.

Beliau yang dilantik sebagai pengurus pasukan sejak dua musim lalu berjaya membawa pasukan memenangi kejuaraan Liga Malaysia (Liga M) termasuk mengekalkan trofi Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut bulan lalu.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa sayangnya masa saya di Johor telah berakhir disebabkan perlu kembali ke Argentina kerana komitmen keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta penyokong atas sokongan tidak berbelah bagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus. 

“Saya pergi dengan penuh kenangan manis dan saya amat terharu dengan penamaan sebuah ‘stand’ di Stadium Sultan Ibrahim bersempena nama saya. Ia perjalanan yang indah, memenangi banyak piala dan menjalin banyak hubungan rakan-rakan baharu yang kini saya panggil keluarga,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Satu pengiktirafan untuk mengenang jasa Luciano Figueroa.

Photo by JOHOR Southern Tigers

Luciano Figueroa

Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa sayangnya masa saya di Johor telah berakhir disebabkan perlu kembali ke Argentina kerana komitmen keluarga. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta para penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus. Saya pergi dengan penuh kenangan manis dan saya amat terharu dengan penamaan sebuah ‘stand’ di Stadium Sultan Ibrahim bersempena nama saya. Ia sebuah perjalanan yang indah, memenangi banyak piala dan menjalin banyak hubungan rakan-rakan baharu yang kini saya panggil keluarga. Saya percaya Benjamin Mora, yang merupakan sebahagian kunci utama kejayaan JDT dalam pelbagai cara di belakang tabir baru-baru ini, Pengarah Teknikal, Pengarah Sukan dan tentu sekali DYAM Tunku Mahkota Johor akan terus membawa kejayaan kepada kelab. Selamat maju jaya buat JDT dan semoga kita akan bersatu semula pada masa akan datang. ❤️💙

Luciano Figueroa

TERIMA KASIH LUCIANO!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Luciano Figueroa atas khidmat beliau kepada kelab sebagai pemain, duta dan pengurus dari tahun 2014-2020.

Walaupun sedih melihat seorang legenda pergi meninggalkan kita, saya memahami keputusan Figueroa untuk kembali ke Argentina atas urusan keluarga.

Figueroa, seorang yang telah banyak memberikan sumbangan kepada JDT, merupakan duta seumur hidup kepada JDT dan sentiasa akan mempunyai tempat di JDT.

Terima kasih atas 43 jaringan gol dan 14 ‘assist’ dalam 71 perlawanan. Terima kasih atas empat kejuaraan Liga Super Malaysia, tiga Piala Sumbangsih, Piala Malaysia 2019 dan yang paling bermakna, Piala AFC 2015.

See you again, my friend! ❤️💙

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Komen Anda?