fbpx

Liridon Krasniqi Boleh Menyarung Jersi Harimau Malaya

Liridon layak wakil Malaysia – FIFA
KUALA LUMPUR: Liridon Krasniqi sah boleh menyarung jersi Harimau Malaya selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan permohonan menjadi pemain naturalisasi.

Perkembangan positif itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Naturalisasi badan induk itu, Datuk Yusoff Mahadi.

Katanya, keputusan FIFA itu bermakna pemain Kosovo yang mendapat taraf kewarganegaraan baru-baru ini layak beraksi pada baki perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan meneruskan aksi baki pusingan kelayakan itu menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan pada 26 Mac ini.

Malaysia kini menghuni tempat kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, manakala UAE keempat ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Thailand dan Indonesia.

Juara dan empat naib juara terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 zon Asia.

Sumber : Berita Harian

Photo By JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?