Lim Teong Kim Mengesyorkan Pemain Muda Meneruskan Karier Profesional Menyertai Akademi JDT

Teong Kim syor pemain muda sertai Akademi JDT

PENGARAH Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim mengesyorkan pemain remaja yang berhajat untuk meneruskan karier profesional dalam sukan bola sepak supaya menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beliau berkata pemain muda terutama daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) lebih sesuai menyambung latihan di Akademi JDT memandangkan kelengkapan prasarana yang serba canggih dan moden hanya terdapat di kelab bola sepak berkenaan.

“JDT adalah tempat yang sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai.

“Malah di Akademi JDT latihan yang diadakan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui di Johor Bahru, kelmarin.

Katanya, untuk membimbing pemain muda, kelengkapkan pusat latihan yang mengikut piawaian antarabangsa memainkan peranan penting dan di Akademi JDT segalanya lengkap bermula dari peringkat akar umbi sehingga peringkat senior.

Ternyata apa yang diperkatakan Teong Kim ada kebenaran apabila hasil program pembangunan bola sepak sejak ditranformasi oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013, pasukan remaja sudah menunjukkan peningkatan mendadak.

Antara kejayaan yang diraih hasil program pembangunan adalah menjuarai Kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 18 tahun pada 2018 dan turut kejayaan itu turut dicapai Bawah 15 tahun.

Malah menerusi program pembangunan, Bawah 14 tahun turut mencipta kejayaan selepas muncul juara Piala Menteri Pendidikan pada 2018.

Bawah 13 tahun juga memenangi kejohanan jemputan antarabangsa Piala JSSL.

Dan terbaharu, Bawah 12 tahun muncul juara kejohanan bolasepak MSSM pada tahun ini dan semuanya hasil peraancangan yang rapi dalam program pembangunan bolasepak.

“Saya lihat di JDT mempunyai program pembangunan yang amat baik apabila mengadakan kolaborasi bersama kelab ternama Jerman, Borussia Dortmund dan kelab dari Sepanyol, Valencia CF sebelum ini dan modul yang digunakan juga bertepatan untuk memajukan pembangunan bola sepak akar umbi.

“Saya percaya di Akademi JDT merupakan tempat paling sesuai untuk mengembangkan karier bolasepak dan mampu mencungkil lebih ramai pemain muda berkaliber yang akan mengharumkan lagi bolasepak negara, kata Teong Kim.

Sumber : Harian Metro

AKADEMI JDT TERSUSUN, MENEPATI KEHENDAK BOLA SEPAK MODEN DAN ANTARA AKADEMI TERBAIK DI ASIA TENGGARA – TEONG KIM

Artikel Berita Harian, Harian Metro dan Fox Sport hari ini memaparkan saranan Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim yang mengesyorkan pemain remaja yang berhajat untuk meneruskan karier profesional dalam sukan bola sepak agar menyertai Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurutnya, pemain muda daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) lebih sesuai menyambung pembangunan mereka di Akademi JDT memandangkan kelengkapan prasarana yang serba canggih dan moden hanya terdapat di kelab bola sepak berkenaan. Pusat Latihan JDT juga mengikut piawaian antarabangsa.

“JDT adalah tempat yang sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai,” katanya kepada Berita Harian.

“Malah di Akademi JDT latihan yang diadakan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden dan antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

“Saya percaya di Akademi JDT merupakan tempat paling sesuai untuk mengembangkan karier bola sepak dan mampu mencungkil lebih ramai pemain muda berkaliber yang akan mengharumkan lagi bola sepak negara.”

Artikel tersebut turut memberi tumpuan kepada pencapaian-pencapaian Akademi JDT pada musim 2018 dan 2019. JDT Bawah-14, Bawah-15 dan Bawah-18 kesemuanya memenangi trofi peringkat kebangsaan pada tahun lalu manakala pasukan Bawah-13 memenangi ‘JSSL International Professional 7’s’ di Singapura. JDT Bawah-12 pula memenangi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019.

Facebook Comments