LIGA JUARA-JUARA AFC 2019 | SHANDONG LUNENG FC VS JOHOR DARUL TA’ZIM

2019 AFC CHAMPIONS LEAGUE | 9 APRIL 2019

SHANDONG LUNENG FC [2-1] JDT

(Marouane Fellaini 30′ / Graziano Pellè 37′(pen)

(Safawi Rasid 59′)

AFC CHAMPION LEAGUE 2019

SHANDONG LUNENG VS JOHOR DT

Jangan lupa mlm ni perlawanan AFC Champion League diantara pasukan Shandong Luneng menentang Johor DT jam 7:30 mlm

Shandong Luneng vs JDT

Selasa – 7:30 Malam – 9/4/2019

Jinan Olympic Sport Center Stadium.7

Live Foxsport 812 / 832 hd

LIGA JUARA-JUARA AFC 2019 | SHANDONG LUNENG FC VS JOHOR DARUL TA’ZIM

Perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 antara Shandong Luneng FC menentang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung Selasa ini, 9 April 2019 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan, Shandong, China jam 7.30 malam (Waktu Malaysia).

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

Kami berasa teruja untuk menghadapi perlawanan bertemu pasukan Shandong Luneng. Ia menjadi satu lagi pengalaman hebat buat kami setelah menjadi pasukan pertama dalam Malaysia bermain untuk saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Selepas kami mengharungi dua perlawanan ACL sebelum ini, kami mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. Sudah semestinya kami sedar perlawanan ini akan memberi cabaran besar kepada kami namun kami akan melakukan yang terbaik.

Kami juga telah melihat cara permainan Shandong Luneng pada dua perlawanan awal mereka. Mereka kini berada di hadapan dengan pungutan dua mata, manakala kami satu mata. Ia bukan sesuatu yang diluar jangkauan kami untuk mengatasinya. Oleh itu kami akan melakukan sehabis baik untuk cuba mendapatkan keputusan yang terbaik.

Hariss Harun, Kapten Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Perlawanan bertemu pasukan Shandong Luneng akan menjadi perlawanan yang sukar bagi kami kerana mereka merupakan antara pasukan yang hebat di Asia. Kami juga tahu mereka mempunyai banyak pemain yang hebat. Namun kami, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hadir ke sini untuk melakukan yang terbaik dan bermain dengan cara kami sendiri.

Kami akan cuba memberikan prestasi permainan yang sama seperti kedua-dua perlawanan sebelum ini iaitu ketika bertemu pasukan Kashima Antlers dan Gyeongnam. Kesemua pemain kini berada pada tahap yang sama dan semestinya akan memberikan yang terbaik.

Kami akan bermain dengan sehabis baik sepanjang tempoh perlawanan 90 minit berlangsung. Apa yang boleh saya katakan adalah buat masa ini kesemua pemain berada pada tahap keyakinan yang terbaik.

Jorge Alvarez, Jurulatih Kecergasan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

SESI LATIHAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM | 9 APRIL 2019

Berikut adalah himpunan gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu sesi latihan pasukan Johor Darul Ta’zim di Shandong, China. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber & Photo : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?