Liga Juara-Juara AFC 2019, JDT Vs Shandong Luneng FC

LIGA JUARA-JUARA AFC 2019 | JDT VS SHANDONG LUNENG FC

Perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim menentang Shandong Luneng FC akan berlangsung Rabu ini 24 April 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 8.45 malam.

Ayuh berikan kata-kata semangat dan sokongan anda selaku penyokong untuk para pemain Harimau Selatan dalam aksi perlawanan ini. Luaskan Kuasamu Johor.

KITA MESTI TERUS BERJUANG!

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mengharungi perlawanan penting menentang Shandong Luneng dari Republik Rakyat China dalam saingan Liga Juara-Juara AFC malam ini dan Harimau Selatan inginkan satu lagi aksi yang positif.

Setelah mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan awal, Harimau Selatan berharap dapat mengubah kedudukan dalam Kumpulan E.

Namun ia tidak kelihatan mudah untuk Harimau Selatan yang menghampiri penghujung jadual padat bulan April. Pemain dihimpit isu kecederaan serta keletihan, dan polisi penggiliran pemain dalam kelab adalah sesuatu yang berguna pada saat-saat seperti ini. Penggiliran juga dapat mempersiapkan pemain untuk mengambil alih tugasan apabila diperlukan.

Kempen ‘debut’ JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC adalah mengenai bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik di Asia dan memberi pendedahan kepada pemain ke tahap tertinggi dan sesiapa yang dipilih untuk diturunkan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, mempunyai peluang untuk berkembang sebagai pemain.

Jadual yang padat mungkin memberi kesan walaupun polisi penggiliran digunakan, namun Harimau Selatan perlu terus berjuang dan menjadikan ianya satu kunjungan yang sukar buat Shandong.

SESI SIDANG MEDIA DAN MESYUARAT PERLAWANAN | JDT VS SHANDONG LUNENG FC

Sumber : JOHOR Southern Tigers

Komen Anda?