Legasi Seorang Lagenda JDT, Shafiq Rahim Melaka United

LEGASI SEORANG LAGENDA JDT

“Bila Hidup Penuh Jasa, Orang Tidak Akan Lupa Sampai Bila bila”

Bekas pemain sensasi harimau selatan,Safiq rahim x dapat menahan Sedih dengan sokongan yg di berikan penyokong Harimau selatan walau kini bersama melaka united… Jasamu tetap di kenang.. Anda tetap lagenda Di hati peminat JDT semua.
(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

Satu ketika dahulu nama Safiq Rahim pernah dianggap sebagai antara bakat muda yang akan mewarnai kancah saingan Liga Malaysia sebagai pemain tengah berbakat besar. Telahan itu tidak silap sama sekali.Selepas lebih 10 tahun bergelar pemain bola sepak profesional, Safiq telah merangkul pelbagai kejuaraan domestik dan antarabangsa. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan, Safiq Rahim adalah pemain bola sepak negara paling berjaya kerana memiliki koleksi kejuaraan paling lengkap di negara ini.

Melaka United terpaksa berpuas hati dengan kekalahan tipis 1-2

Melaka United terpaksa berpuas hati dengan kekalahan tipis 1-2 kepada juara lima kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi ke-4 unifi Liga Super 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin malam tadi (23 Februari).

JDT terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-35 selepas Skuad Harimau Selatan itu diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pertahanan Melaka, Jang Suk Woon dalam kotak penalti.

JDT kemudiannya menambah jaringan kedua hasil gerakan solo Safawi Rasid yang membawa bola selepas menerima hantaran Cabrera dan menggelecek pertahanan Melaka sebelum menyungkit bola menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-42.

Gol tunggal Melaka United dijaringkan Patrick Reichelt yang berjaya menolak masuk bola hantaran Raimi Md Nor dari sebelah kiri menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias pada minit ke-74.

Keputusan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

JDT LEGEND (2013-2018)

Kemasukkan Safiq Rahim ke pasukan JDT pada tahun 2013 & pada tahun itu juga dyam tunku mahkota johor telah menjaga club JDT..selain safiq,tmj juga mengambil pemain terkenal seperti aidil zafuan,zaqone adha,norshahrul,safee sali,daniel guiza & del nero..Pada tahun 2013 juga Safiq Rahim hampir di gugurkan oleh fandi ahmad tetapi pemilik JDT menghalang fandi ahmad untuk mengugurkan safiq daripada pasukan JDT..Safiq Rahim telah menyumbangkan banyak kejayaan demi kejayaan untuk pasukan JDT pada suatu ketika dahulu..Tidak lupa juga pada tahun 2015 Safiq rahim telah dinobatkan pemain paling bernilai Afc Cup 2015..Safiq Rahim telah membawa nama Pasukan JOHOR DARUL TAKZIM di pentas antarabangsa..

Segala jasa & sumbangan yang safiq Rahim pernah curahkan di JDT kami penyokong JDT tidak sesekali lupa..kami amat merindui aksi mu di padang bersama rakan2 lain di JDT ..

You are legend safiq..Good luck with Melaka United Soccer Association – MUSA..we hope you can comeback JDT..we still wait you Safiq..

Sumber : Mohd Safieq

Facebook Comments