Layanan Mesra Petugas Di PPV Persada Johor, Penerima Vaksin Warga Emas Teruja

Penerima vaksin AstraZeneca di Negeri Johor, Haji Abdul Razak Hashim (71 tahun) dari Sri Lalang, Kluang menerima vaksin pada jam 11.00 pagi. Beliau yang juga dikenali sebagai Dak Seorang Bekas Polis pencen memegang jawatan akhir OCS Balai Sri lalang, hadir bersama isteri beliau, Hajah Rouyah Haji Arshat (68 tahun), menjadi antara pasangan hari pertama yang menerima vaksin di Negeri Johor.

Persada Johor

Layanan yang baik dan mesra disediakan oleh petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persada Johor memberi seribu makna buat kami. Allah permudahkan urusan kami suami isteri.

“Proses suntikan vaksin dijalankan dengan tertib dan cermat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Alhamdulillah, suntikan ini tidak sakit dan berharap orang ramai tidak menolak untuk menerima suntikan vaksin,”

“Walaupun sebelum ini mendengar pelbagai cerita kesan sampingan vaksin, namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Terima Kasih buat semua petugas2 di Pusat Pengambilan Vaksin Persada Johor.. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala jasa anda…

Pastikan anda sihat dan bukan dalam status berisiko ketika hadir mendapatkan vaksinasi. Bersama kita wujudkan persekitaran selamat untuk semua.

Mari rakyat Johor! Daftar segera bagi yang belum mendaftar untuk membentuk imuniti kelompok dengan segera!

Komen Anda?