Lawatan YB Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Ke PPV Pagoh

YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan telah meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin Pagoh, Muar. Pusat Pemberian Vaksin Pagoh yang mempunyai kapasiti suntikan sehingga 600 orang sehari ini memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar parlimen Pagoh untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Lawatan ini juga bertujuan memberi motivasi kepada petugas-petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugasan harian di Pusat Pemberian Vaksin Daerah Muar.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah En Ezahar Bin Abu Sairin, Pentadbir Tanah Daerah Wakil Rasmi Pegawai Daerah Muar, Tuan ACP Zaharudin bin Rasit, Ketua Polis Daerah, Dr Noorhaida Bte Ujang, Pegawai Kesihatan Kanan Daerah Muar dan YB Dato Dr Sahruddin Bin Haji Jamal, ADUN Bukit Kepong.

19 JUN 2021, SABTU ( Pejabat Daerah Muar )

Photo by Mohd Shamsudin Paijan
Photo by Mohd Shamsudin Paijan
Photo by Mohd Shamsudin Paijan
Komen Anda?