Lawatan Kerja Menteri Kesihatan Ke PKRC Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 30 MEI 2021- YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah menghadiri Lawatan Kerja ke PKRC Pasir Gudang, Johor hari ini.

Kedatangan beliau diiringi oleh Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Tuan Vidyananthan Ramanadhan dan Pengarah Kesihatan negeri Johor, YB Dato’ Dr. Aman Rabu.

Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah menyantuni petugas-petugas di PKRC Pasir Gudang. Para petugas barisan hadapan terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Rela, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penerangan dan lain-lain lagi.

Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah ambil maklum perihal logistik, sumber manusia, fasiliti dan lain-lain lagi. Beliau turut menyampaikan rasa terima kasih kepada semua frontliners di PKRC Pasir Gudang yang sentiasa komited dengan tugas mereka dalam melawan virus maut, COVID19.

KitaMestiMenang

Komen Anda?