fbpx

Lawatan Keluarga DiRaja Johor Suntik Semangat Kepada Pesakit Kanser

LAWATAN KELUARGA DIRAJA JOHOR SUNTIK SEMANGAT KEPADA PESAKIT KANSER HOSPITAL SULTAN ISMAIL

Hubungan yang erat antara Keluarga Diraja Johor bersama rakyat sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

Seramai 74 pejuang kanser termasuk kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) menerima kunjungan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Mengiringi keberangkatan tiba Permaisuri Johor, Pengarah HSI Dr. Azizah Riduan berkata, lawatan DYMM Permaisuri Johor dan YAM Tunku Idris memberikan semangat baru kepada pesakit kanser dan pekerja yang berada di sini.

Lawatan diadakan bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

DYMM Permaisuri Johor dan YAM Tunku Idris turut berkenan meluangkan masa selama sejam beramah-mesra bersama pesakit dan keluarga serta turut menyampaikan sumbangan.

Komen Anda?