Lawatan Dan Tinjauan Oleh Ketua Polis Johor Ke SJR Dan Pusat Kuarantin

LAWATAN DAN TINJAUAN OLEH KETUA POLIS JOHOR KE SJR DAN PUSAT KUARANTIN COVID-19

JohorBahru, 01 Februari 2021 – YDH CP DATO’ AYOB KHAN BIN MYDIN PITCHAY, KETUA POLIS JOHOR hadir membuat Lawatan ke Pusat Kuarantin Covid-19 dan kawasan-kawasan tumpuan ramai di Pasir Gudang pada hari ini.

Photo by Polis Johor

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi menjalankan operasi pemantauan pekerja-pekerja asing yang di kuarantin di asrama Westlite Accommodation di kawasan Taman Air Biru Pasir Gudang adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Seterusnya YDH Ketua Polis Johor turun padang dan memantau dengan lebih teliti tempat-tempat tumpuan ramai seperti di kawasan UTC, Pusat Bandar Pasir Gudang dan juga Kit Mall Masai Bukit Dahlia adalah di tahap pematuhan yang di tetapkan.

Photo by Polis Johor

Turut sama dalam lawatan, YDH SAC ALZAFNY BIN AHMAD, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor, YBHG. MOHAMMED IQBAL BIN IBRAHIM, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, YDH ACP ABDUL AZIZ BIN ALI, Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik), YDH ACP ROSLI BIN DAHLAN, Timbalan Ketua JPJKK (Operasi), YDH SUPT MOHD SOHAIMI BIN ISHAK, Ketua Polis Daerah Seri Alam, YDH DSP SHAHRULANUAR MUSHADDAT BIN ABDULLAH SANI, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Pegawai-pegawai Turus JPJKK Kontinjen Johor serta Pengamal Media.

Komen Anda?